Sang Gembala Kuda (KOMSAS FORM4 DARI ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL)
RUJUK PADA SAJAK SANG GEMBALA KUDA .
MAKSUD RANGKAP :
RANGKAP 1
Seorang lelaki gagah , iaitu sang gembala kuda sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti. Kuda berebut masuk ke dalam kandang .
RANGKAP 2
Rumput dan jerami disediakan kepada kuda yang setia kepada tuannya di dalam kandang . Setelah kenyang , kuda ini tidak kisah dijadikan sebagai tunggangan untuk memburu haiwan lain .
RANGKAP 3
Dengan kuasa yang ada padanya , sesekali sang gembala kuda bersuara lebih nyaring daripada kuda . Dia juga begitu yakin menunggang kuda dan berani menempuh segala cabaran . Sang gembala kuda bijak menggunakan tipu helah dengan berpura pura sebagai penyelamat maruah yang berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan .
RANGKAP 4
Sang gembala kuda hanya mementingkan kepantasan menunggang kuda tanpa mempedulikan keletihannya . Sang gembala kuda hanya ingin mengejar impian tanpa menghiraukan kesakitan yang ditanggung dirinya dan kuda . Semua kuda ditunggangi berulang kali tanpa perasaan belas kasihan.
•TEMA : TUGAS PENJAGA KUDA YANG MAMPU MENGAWAL KUDANYA DENGAN PENYEMBAT SEBAGAI LAMBANG KEKUATAN DAN KEKUASAANNYA DI KANDANG .
•PERSOALAN :-
-kegagahan seorang gembala kuda.
-kepatuhan kuda kepada penjaganya.
-keberanian seorang gembala kuda menempuh cabaran ketika memburu.
-kegigihan seorang gembala kuda mengejar impian.
-penganiayaan terhadap haiwan.
•BENTUK
-sajak berbentuk bebas
-terdiri dari empat rangkap
-mempunyai 5 hingga 11 baris stiap rangkap.
-bilangan kata antara 3 hingga 6 patah perkataan.
-terdiri daripada 8 hingga 15 suku kata dalam setiap baris.
-rima akhir setiap rangkap bebas.
GAYA BAHASA
1.UNSUR BAHASA
-METAFORA . Contohnya , meredah onak di rimba perburuan.
-HIPERBOLA . Contohnya , dimamah rakus kala lapar.
-IMEY ALAM . Contohnya , kuda , rumput , jerami , rimba , paya .
-KATA GANDA . Contohnya , menghalau kuda-kuda di padang .
-PERSONIFIKASI . Contohnya , rembat angkuhnya memacu takut.
-EPIFORA . Contohnya , perulangan kata ditunggangi .
-REPETISI . Contohnya , ditunggangi dan ditunggangi .
-SINKOPE . Contohnya , tak peduli nasib diri setelah kenyang .
2.UNSUR BUNYI
-ASONANSI . Perulangan vokal a . Contohnya , berjuang atas dasar kebenaran.
-ALITERASI . Perulangan konsonan n . Contohnya , menentang semua kebobrokan.
NILAI
Tanggungjawab , kepatuhan , keberanian , kegigihan ,kebijaksanaan dan ketabahan.
PENGAJARAN
•Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga haiwan peliharaan kita.
•Kita perlulah patuh akan arahan dan suruhan ketua.
•Kita hendaklah gigij berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan.
TAMBAHAN PENGAJARAN
-berani menempuh dugaan.
-tabah
-bijak dlm merancang dan melaksanakan tugasan.
#SEMOGABERJAYAFORM4&5
#SEMOGABERJAYA
#SHAREILMU
Ulasan
Catat Ulasan